Wednesday, 11 August 2021

RAHSIA HALIA HITAM - KUNYIT HITAM

 RAHSIA YANG ADA PADA KAEMPFEREA PLAVIFLORA

Perbezaan Halia Hitam dan Kunyit hitam
 

Kaempferia Parviflora sebenarnya lebih dikenali dengan nama “Halia Hitam”. Perkataan Kaempferia itu sendiri merujuk kepada keluarga “Ginger” (Halia). Kampfea plaviflora adalah dari keluarga halia atau cekur. Manakala Kaempferia Parviflora mempunyai rizom bewarna purple tua kehitaman


Berikut adalah Perbezaan Halia Hitam dan Kunyit Hitam:

1. Rizom (Isi dan Warna)


Rizom halia hitam
  • Kunyit hitam: Berwarna ungu cerah dan ungu gelap atau kebiru-biruan (dipengaruhi faktor penanaman dan kematangan) dan ada yang dilaporkan berwarna kehijau-hijauan, mungkin ditanam ditempat asalnya, India. Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Curcuma_caesia
Rizom kunyit hitam berwarna biru kehijauan.

2. Daun
  • Halia hitam: Daun halia hitam hampir serupa dengan kunyit hitam, warna hijau lebih lebar berbanding daun halia sebenar.
Pokok halia hitam dan bunganya

  • Kunyit hitam: Daun kunyit hitam memilki jalur gelap ditengah-tengahnya.

  • Daun dan bunga kunyit hitam.

3. Bau
  • Halia hitam: Bau halia hitam adalah sama seperti halia biasa.

  • Kunyit hitam: Manakala bau kunyit hitam seperti kunyit.

4. Genus
  • Halia hitam: Kaempferia Parviflora sebenarnya lebih dikenali dengan nama "Halia Hitam", merujuk kepada "Ginger" (Halia), dikategorikan dalam genus halia atau cekur.

  • Kunyit hitam: Curcuma Caesia pula lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkatan Curcuma adalah merujuk kepada genus "Turmeric" (kunyit).

5. Bunga
  • Halia hitam: Pokok Halia hitam mempunyai bunga berwarna putih merah.

  • Kunyit hitam: Manakala pokok Kaempferia parviflora mempunyai bunga bewarna putih merah.

6. Asal
  • Halia hitam: Berasal dari Thailand, Burma dan Vietnam.

  • Kunyit hitam: Dilaporkan berasal dari India, China dan juga Timur Tengah seperti Turki.

7. Harga Pasaran
  • Halia hitam: Harganya lebih rendah berbanding Curcuma Caesia kerana Kaempferia Parviflora mudah didapati dan banyak pengusaha yang menanamnya secara komersial.
  • Kunyit hitam: Harga pasaran dunia bagi Curcuma Caesia mencecah ribuan ringgit sekilo disebabkan permintaan yang tinggi dari serata dunia sedangkan bahan mentahnya sangat terhad dan terkawal kerana diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal.

8. Negara Pengeluar

Halia hitam: Negara pengeluar utama Halia hitam di dunia adalah Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Ladang halia hitam yg terbesar di selatan Thailand


Kunyit hitam: Antara negara pengeluar terbesar adalah Taiwan dan India.



KUNYIT HITAM – RATUSAN RINGGIT SEKILOGRAM DI PASARAN

Permintaan dunia terhadap kunyit hitam agak tinggi, manakala pengeluaranya pula adalah terhad.

Oleh kerana permintaan dan penawaran tidak seimbang, harga bahan mentah itu di pasaran dunia boleh mencecah hampir RM500 sekilogram. Dua negara pengeluar terbesar kunyit hitam ialah India dan Taiwan.

Pada tahun 2016 kerajaan India mengistiharkan kunyit hitam adalah spesis tanaman terancam dan perlu dikawal bagi mengelakkan kepupusan.

Kunyit hitam digunakan untuk perubatan dan ritual keagamaan di India iaitu perayaan Kali Puja iaitu upacara menggunakan herba, lagu dan doa bagi menunjukkan rasa hormat kepada Dewi Hindu Kali.

Manakala halia hitam yang disebut juga kunyit hitam oleh orang kita harganya hanyalah dalam lingkungan RM250 sekilogram. Harganya agak terkawal oleh kerana halia hitam ditanam secara komersial di Thailand, Kemboja dan Vietnam.




Bahan Aktif  Methoxyflavone & Bioflavonoids

Kandungan Bahan aktif 2x lebih kuat


Bahan aktif ini tiada pada h
alia lain dan sekiranya ada pada makanan atau herba lain, jumlahnya adalah agak kecil. Oleh itu khasiatnya adalah seperti berikut:

1.  Bersifat Anti Radang/Inflamatori

Keradangan biasanya menyebabkan kesakitan dan menjadi penyebab seseorang itu merasa sakit seperti contoh akibat patah tulang atau jangkitan.

Keradangan ini bukan hanya setakat rasa sakit atau tidak selesa seperti deman, ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti kanser dan sakit jantung. 

Halia hitam yang juga disebut kunyit hitam berfungsi mengurangkan demam dan sakit akibat keradangan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX), yang diperlukan dalam tindak balas keradangan tubuh seperti mengubah suhu normal badan. Apabila enzim COX dimatikan ianya akan mencegah daripada demam dan lain-lain keradangan lagi.

Kajian juga menunjukkan ekstrak halia hitam berkesan untuk menghalang atau merencatkan sebatian yang mencetuskan keradangan yang dikenali sebagai prostaglandin E2.

Selain itu, halia hitam juga tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan keradangan secara semula jadi, oleh itu kerbergantungan kepada ubat-ubatan dapat dikurangkan.

2.  Meningkatkan Tenaga & Kecergasan Fizikal

Polimektoksiflavon yang terdapat dalam halia hitam meningkatkan penjanaan tenaga dalam sel dengan cara mengaktifkan protin kinase (AMPK) dalam myoblast atau anak tisu otot.

Kemudian ia akan menjana ATP mitokondria untuk badan mendapatkan tenaga, semakin banyak mitrokondria dijana makan semakin banyaklah badan memperolehi tenaga.

Satu kajian ke atas 60 orang pemain bola sepak meendapati pengambilan ekstrak halia hitam selama 12 minggu boleh meningkatkan kekuatan genggaman tangan pemain-pemain tersebut.

Manakala kajian juga telah dilakukan ke atas para atlet di mana pengambilan makanan bernutrisi boleh mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan dengan mengurangkan kelesuan dan meningkatkan skil taktikal dan fizikal seseorang atlet.

3.  Meningkatan Tenaga Batin

Satu kajian oleh Dr Richard A. Stein, yang diterbitkan dalam Journal of Integrated Medicine pada 2018 mendapati ekstrak Kaempferia parviflora atau halia hitam berupaya meningkatkan ereksi zakar dan kesihatan seksual yang lebih baik.

Ianya telah digunakan secara tradisional untuk hipertensi dan lain-lain, termasuk peningkatan seksual sebagai ubat kuat lelaki.

Satu ujian telah dilakukan ke atas 13 lelaki sihat berusia antara 50 hingga 68 tahun yang diberi makan 100 miligram sehari  ekstrak halia hitam berkualiti selama 30 hari.

Hasil kajian mendapati kepuasan hubungan intim meningkat dengan ketara dan selamat untuk digunakan sebagai ubat kuat lelaki berdasarkan pemeriksaan fizikl dan ujian darah.

Halia hitam juga mengandungi perencat PDE-5 semulajadi, sama dengan mekanisme pada ubat kuat lelaki Viagra yang boleh meningkatkan tenaga dan mempercepatkan peredaran darah secara normal.

4. Anti Kanser

Halia hitam digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional bagi mencegah dan merawat kanser.

Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Chiang Mai, Thailand, mendapati ekstrak halia hitam mempunyai kesan anti kanser yang kuat terhadap sel-sel kanser serviks.

Manakala, kajian ke atas kanser ovari melaporkan bahawa ianya mampu merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser, menular ke bahagian lain dan akhir sekali mematikan sel berkenaan.  

Estrak Halia Hitam membantu merencatkan sel Kanser 


5. Mengedurkan Saluran Darah

Kajian juga mendapati halia hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.

Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh.

Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak membuang toksid, kolestrol, menghakis enapan pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanannya.

Kesan daripada itu oksigen dapat masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia dan seterusnya mampu merawat penyakit strok, saraf, jantung dan lain-lain lagi.


Halia Hitam mengendurkan saraf dan melancarkan peredaran darah 


6. Kecerdasan Otak

Kajian ke atas halia hitam | kunyit hitam mandapati ianya mampu mencegah otak daripada gangguan kerencatan ingatan dan perkembangan sel tumor.

Sifatnya yang tinggi antioksidan membantu melindingi sel otak daripada kerosakan oksidatif radikal bebas.

Semasa kita tidur, ATP bertindak melalui sistem glimfatik yang mengepam cecair daripada saraf tunjang ke otak untuk membersihkan semua toksin metabolik dan meyegarkan otak pada keesokan harinya.

7. Membuang Lemak Perut

Satu kajian yang melibatkan haiwan mendapati halia hitam | kunyit hitam adalah anti-obesiti, ianya boleh menurunkan berat badan dan pengumpulan lemak kepada haiwan yang diuji.

Manakala seramai 76 orang diuji secara klinikal dengan mengamalkan 150 mg ekstrak halia hitam sehari selama 12 minggu. Hasil ujian mendapati berlaku penurunan lemak pada bahagian perut dan trigliserida

Kajian juga mendapati sebatian  polymethoxyflavone yang ada pada halia hitam boleh mengurangkan lemak viseral yang membalut organ dalam perut.

8.  Anti Gastrik Ulser

Halia hitam atau disebut juga kunyit hitam kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Bahan-bahan ini sangat diperlukan sebagai ubat gastrik angin oleh tubuh badan bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan dan seterusnya mencegah atau melawan pelbagai penyakit.

Selain itu, ia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman yang berfungsi merawat gastrik angin.

Ianya juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut dan tidak mempunyai sebarang kesan negatif, serta selamat untuk digunakan.

Membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan dan Anti Keradangan

9. Anti Microbial, Anti Jerawat

Jerawat disebabkan oleh bakteria Propionibacterium acnes dan Staphylococcus aureusJerawat menyebabkan keradangan, peningkatan penghasilan sebum dan pertumbuhan berlebihan kelenjar sebum. Halia hitam dilihat boleh menjadi ubat alternatif untuk mencegah dan merawat jerawat.


Halia hitam juga membantu kulit menjadi awet muda ( Anti kedutan)

Hal ini kerana, ekstrak halia hitam boleh mencegah tumbesaran bakteria Propionibacterium acnes dan Staphylococcus aureus, merencatkan tindak balas keradangan dan merencatkan pembentukan lemak di sel-sel sebum.

Kesimpulannya halia hitam mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Penggunaan teknologi masa kini menyebabkan halia hitam | kunyit hitam boleh diproses dengan menggunakan peralatan yang canggih untuk pelbagai kegunaan termasuk perubatan.

Ianya boleh diekstrat menjadi pati berbentuk serbuk dalam tiga jenis iaitu 10 nisbah 110 nisbah 5 dan 10 nisbah 10, seperti contoh 10 kilogram halia segar diekstrakkan menjadi 1 kilogram serbuk. 

Sudah tentu harga ekstrak halia hitam mempunyai pelbagai harga berdasarkan kadar (gred) nisbah ekstraknya dan yang pasti harga ekstrak yang dihasilkan ini lebih mahal lagi.


Jom kita lihat khasiat dalam Halia Hitam 

Semoga Bermanfaat

https://linktr.ee/aisyhumairaofficial

No comments:

Post a Comment

TESTIMONI

FEEDBACK CUSTOME SELEPAS AMALKAN ESTRAK HALIA HITAM BY VOLTEN INTERNATIONAL

Anda boleh dapatkan produk dengan saya Aiesya dan boleh roger² No dibawah..